Pada Bulan Ogos 1981, sekolah ini telah mendapat bangunan baru diatas tanah seluas 4 1/2 ekar berhampiran dengan kampung Sungai Pulai. Sekolah baru ini mempunyai bangunan dua tingkat , dengan enam bilik darjah , dua bilik serba guna ,bilik guru dan pejabat. Bulan April 1983 sekolah ini telah siap dibina dan murid telah berpindah dari sekolah lama ke sekolah baru. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan peralatan kerusi,meja dan lain-lain lagi.
Setelah bangunan baru siap pada tahun 1983 , sekolah ini sangat kurang dengan kemudahan asas, walau bagaimanapun pada tahun 1983 bulan Oktober sekolah dapat membina sebuah asrama guru sebanyak lapan bilik dengan bantuan penduduk-penduduk kampung Sungai Pulai. Pada tahun 1983 juga sekolah telah membuat satu gelanggang bola keranjang , yang mana ianya dapat memberikan manafaat kepada murid-murid sekolah ini.
Pada hujung tahun 1987, sekolah ini telah mendapat sebuah mesin taip daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Pada tahun 1988 sekolah telah mendapat RM3000.00 daripada Yang Berhormat Ahli Undangan Negeri Sabak Bernam untuk membina gelanggang badminton.
Pada tahun 1989 Yang Berhormat Ahli Undangan Negeri Sabak Bernam sekali lagi memberi sumbagan sebanyak RM3000.00untuk membina tempat letak basikal. Exco Kawasan Sungai Air Tawar juga memberi peruntukan sebanyak RM2000.00 untuk membeli pembesar suara. Walau bagaimana pun sekolah ini masih memerlukan peruntukan untuk menambah bahan dan alatan mengajar , pusat sumber sekolah ini masih didalam kekurangan.
Pada tahun 2003 , sekolah ini telah membuka satu kelas prasekolah kerajaan. Sacara tidak langsung bilangan murid sekolah ini telah meningkat. Pada tahun 2006 , bilangan kelas sekolah ini telah meningkat dari enam kepada tujuh kelas termasuk prasekolah. Murid meningkat kepada 100 orang , guru meningkat kepada 10 orang termasuk guru besar. Kakitangan juga meningkat kepada 5 orang.