Thursday, May 21, 2015

PERSEDIAAN SEMPENA TUAN RUMAH DEKLAMASI SAJAK BAHASA CINA SABAK BERNAM 2015




Tuesday, May 19, 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


Saturday, May 16, 2015

PERUTUSAN HARI GURU 2015

YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru. Hari guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun adalah tanda penghargaan dan pengiktirafan negara terhadap jasa dan bakti para guru dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.

Tugas para guru pada hari ini adalah lebih mencabar. Ketika negara kita sedang menuju ambang negara maju, di bahu para guru terpikul satu amanah yang besar untuk melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu kemajuan negara. Murid perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu untuk membolehkan mereka bersaing dalam persekitaran yang lebih kompetitif, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. 

Ini termasuk kemahiran berfikir aras tinggi, keupayaan untuk menganalisa dan mengaplikasi ilmu, kemahiran berkomunukasi serta daya kreativiti dan inovasi. Segala ilmu dan kemahiran ini perlu diterapkan di dalam proses pegajaran dan pembelajaran. Jika guru dapat melaksanakan tugas mengajar dengan berkesan, maka murid yang dilahirkan bakal menguasai segala pengetahuan dan kemahiran yang dihasratkan.

Pada masa yang sama, guru juga perlu memberi perhatian yang serius kepada aspek akhlak, moral dan pembangunan sahsiah murid sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang. Melahirkan insan yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang terpuji adalah tugas asas seorang guru. Tiada maknanya kita menempa kemajuan material tanpa disokong oleh pengamalan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia. Kita perlu ingat bahawa negara maju yang ingin kita bina adalah berasaskan acuan sendiri yang mana nilai dan akhlak adalah tunjangnya yang utama.

Tema Hari Guru pada tahun ini "Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak" adalah amat bertepatan sekali dengan matlamat melahirkan insan yang seimbang. Saya percaya dengan pelbagai inisiatif yang dirancang di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025, dan sokongan guru-guru dalam menjayakannya, cita-cita murni untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia akan kita capai. 

Kepada guru-guru saya menyeru supaya anda semua berkhidmat dengan lebih gigih, tekun, berdisiplin dan amanah. Saya percaya kegigihan anda semua melaksanakan tugas akan melonjakkan mutu pendidikan di negara kita ke tahap yang terbaik.

Akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru walau di mana anda berada.

Terima kasih cikgu.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri 
Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia

SELAMAT HARI GURU 2015

Biar penat berdiri,
Jangan penat memberi.
Biar lelah terduduk,
Jangan lelah membentuk.
Biar penat bercakap,
Jangan penat berharap.



Selayang Pandang Penggal Pertama 2015

SJKC PHOOI TEE 2015



Merentas Desa Peringkat Sekolah 2015
 
 


Kaligrafi Bahasa Cina
 
 

 
Sambutan Tahun Baru Cina 2015
 
 




Hari Sukan Sekolah 2015
 



Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015